Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Monday, July 30, 2018

UHIBUKKA YA RASULULLAH

ZR

Asalamualaikaayuha nabiyu warohmatullahiwabarokatuh..

Assalamualaika Ya Rasulullah,
Assalamualaika Ya Habiballah
Assalamualaika Ya Rahmatan Lilalamin

Wahai Kekasihku Ya Rasulullah.
Wahai Yang aku cintai Ya Rasulullah,

Pandanglah aku ini, lihatlah aku ini seorang dari umatmu, yang mula merasa rindu kepadamu,

aku tidak memiliki apa apa wahai Rasulullah untuk aku tebus dan buktikan rasa rinduku, yang ada padaku adalah kefaqiran, kehinaan, penuh dosa dan noda.
Wahai Kekasihku,
Dulu aku terlalu jauh dari menyebut namamu, malah langsung tidak aku memikirkan mu,
kini hati aku diusik, ibarat aku sedang dilamun cinta, bagaimana untuk aku khabarkan rasanya,
terkadang terlalu perit terlalu sayu, sebuah kerinduan yang tidak mampu aku luahkan.
Ya Rasulullah,
Bagaimana aku mungkin melupakan mu, kerana dari cahaya mu alam ini dicpitakan,
cahayamu sebahagian dari diri ini, denyut nadi jua tiap darah yang mengalir memiliki cahayamu, bertapa angkuhnya aku dahulu..
Ya Rasulullah,
Aku membaca coretan coretan dari pencintamu,
tidak ada doa yang itdak termakbul atas namamu,
berapa banyak hajat yang tertunai kerana barkahmu,
berapa orang yang disembuhkan kerana mu,
wahai kekasihku,
maka aku tidak percaya jika kau tidak mendengar kerinduan ku, kerana setiap salam untuk mu pasti tersambut, aku tahu setiap aduanku, setiap cerita yang aku sampaikan, sampai padamu.
Wahai kekasihku,
aku tidak layak meminta untuk memandang wajahmu, kerana aku ini terlalu hina,
namun izinkanlah aku mencium haruman wangian mu didunia ini sebelum diakhirat.
wahai kekasihku,
Jangan tinggalkan aku walau sejauh mana aku pernah tinggalkan mu, jangan biar aku melupakan mu sekali lagi, ajarkanlah aku untuk terus merinduimu, letakkan aku sedekatnya denganmu didunia ini sebelum diakhirat.
Ya Rasulullah,
Andainya airmata ku boleh menjadi saksi saat aku merindukan mu, maka jemputlah aku untuk memberi salam pada mu dibumi madinah, namun aku tidak memiliki apa apa untuk aku sampai kesana.
Ya Rasulullah,
Pasti wajahmu cahayanya melangkaui bulan purnama, matamu pasti bagaikan pancaran bulan saat menyuluh di kolam.
Ya Rasulullah,
angkatlah segala kesulitanku, angkatlah segala kesepianku, angkatlah segala laraku, aku ingin bersama mereka mereka yang mencintamu, merinduimu....
Allahumasoliala Saidina Muhammad