Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Tuesday, May 9, 2017

ANAK YANG SOLEH

ZR

As Salam,

Seorang anak yang soleh adalah anak yang selalu mendoakan buat kedua ibu bapa mereka, tidak kiralah anak itu lelaki atau perempuan. Selama mana bergelar anak walau telah menjadi isteri atau suami tidak terputus ikatan itu, kerana itulah dikatakan bila meninggal seseoarang anak adam, maka salah satu yang boleh menolongnya adalah anak yang soleh.

Sesuatu yang selalu kita dengari bila mana seorang wanita yang telah berkahwin, keutamaannya untuk suaminya, iya benar. Namun harus diingat lakukan jua amal dan apa jual berniat untuk kedua ibu dan bapa, kerana itu diajar supaya kita selalu berdoa moga allah mengampunkan dosa kedua ibu dan bapa yang melahirkan, yang menjaga dari kecil hingga dewasa.

Jangan jadikan tirai sebuah perkahwinan untuk berbakti dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu dan bapa, sebelum kita dimiliki oleh pasangan kita, kita allah letakkan dalam jagaan seorang ayah dan ibu, asbab mereka allah hadirkan kita. Tanpa anak anak yang soleh bagaimana mereka ingin memiliki cahaya saat mereka berada di alam barzakh, kasihanilah kedua ibu dan bapa.

Kita ini didunia tidak dimiliki mahupun memiliki apa -apa jua sesiapa, kita adalah milik Allah dan memiliki Allah, selama mana allah berikan nikmat untuk bernafas, tanamalah tanaman yang ranum agar menjadi pohon yang rendang untuk ibu dan bapa kita di Jannah nanti.

Semoga Allah meletakkan kita di kalangan anak anak yang soleh dan solehah di dunia mahupun akhirat.....aamiin aamiin aamiin