Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Wednesday, August 13, 2014

Terkadang

ZRSaat merenung bulan, hati pasti sepi. Sebuah kehidupan itu sentiasa berputar, kadang bersumbu kadang gelap yang ada. jika mencari yang indah cuma, maka layakkah diri, kerana banyak yang kurang apatah lagi yg khilaf, termenung dalam sebuah kehidupan, mencari sebutir bintang walau malap tetap berharap, kekosongan itu bukan sendiri tapi terbiar dan terbias oleh bayangan yang kerap kunjung tiba. Jauh berharap dibalik yg tertimbul baik atau terbaik, mengeluh tiada akan bertemu jalan. Ada cuma pengharapan untuk sebuah kepasrahan. Ada sayu namun ada jua rindu namun andai bukan jalan itu, berserah pada Pencipta yang membuatkan jalan cerita, keliru itu adalah permainan, tetap menadah yang mengetahuai apa sebaliknya cuma DIA, jika mendekatkan, menyenangkan, melapangkan untuk RedhaNYA, maka cahaya itu hadirkan, tapi andai menjauhkan dari Redha, dari syukur dari menerima Qada Dan QadarNYA maka, terima kerana rahsia itu milik DIA.  Tekadkan tabahkan untuk memahami skrip yang ada.