Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Tuesday, November 2, 2010

SAYANG AWAK - PART 1

"Masih bersisa marah semalam, aku tetap dengan ego aku biar dia tahu bukan sewenang-wenangnya boleh dipermainkan, ingat aku ini apa anak patung? anak patung pun budak-budak sayang" .
"Aina, maafkan saya bukan niat saya untuk melukakan hati awak saya tak berniat pun". Hakimi cuba untuk memujuk jiwa aina yang kacau.

"Apa yang tak berniat saya belum buta apatah lagi rabun, setakat muka macam awak ni ingat saya tak boleh cam ke?". Aku tetap tidak memberu ruang pada Hakimi.

"Memang awak tak buta dan rabun kalau tak dah lama awak pakai kacamata. Mesti cun kan kalau awak berkacamata lagu ayu agaknya dari sekarang."
Hakimi cuba untuk membuat lawak yang aku rasa tak seberapa lawak.

"Sudahlah sebab awak saya dah lambat ni dah lepas waktu lunch tak pasal-pasal mengadap muka awak perut saya terpaksa berpuasa tengahari ni tak ke awak kejam."

Hakimi hanya diam membisu payah betul untuk memujuk Aina, memang diakui Aina agak keras tapi hatinya lembut kerana itu hakimi tetap cuba memujuk aina moga aina faham dan memahami situasi sebenar.

Sedang hakimi melayan fikiran aina telah melangkah meninggalkan hakimi yang ibarat patung cendana dengan fikiran yang entah kemana.

"Huh dah jadi patung cendana ke mamat ni, baik aku blah." Aina mengatur langkah tanpa mempedulikan hakimi.

Tersedar dari lamunan hakimi tersedar yang aina telah meninggalkan dia yang telah bermimipi tika siang.

"Aina...Aina" Hakimi melaungkan nama aina sambil berlari anak mengejar aina yang sekaan pekak berjalan tanpa mempedulikan jeritan hakimi, sedangkan orang sekeliling memerhati tingkah mereka berdua.

'Aina, hakimi menarik belakang tudung aina sedikit.

"Apa ni? ingat sekarang memang awak suka tidur sambil berdiri". Aina menyindir hakimi.

"Kot ya pun kalau saya tidur sambil berdiri mimpi hanya pada awak, sayangku". Hakimi pantas mengenyitkan mata.

"Eeee..gatal ek sekarang ni, tak habis nak gatal kat orang lain nak sambung kat sini."
Aina menyembunyikan perasaan malu bila dipanggil begitu, rasa segan walau pun hati berbunga-bunga.