Segala yg terkandung/ terisi di rumah ini adalah terpelihara dan hak milik ZR. Segala karya atau bentuk penulisan adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk ditiru, sila hormati.

Terima Kasih kerana mengunjungi dan menjadi pengikut Blog
ini.



Thursday, September 20, 2012

SEDANG BEREHAT SELEPAS OPERATION MATA

ZR

As salam semua rindu nak menulis, tapi keadaan mata masih tidak mengizinkan, maka terpaksa menjadi patung cendana seketika..

InsyAllah bila semua kembali seperti biasa akan daku ceritakan pengalaman-pengalaman semasa pembedahan....

Banyak yang ingin daku kongsi bersama.

Kini masih dirumah sedang bercuti dan berkemungkinan Minggu depan daku akan menyambung cuti walau tanpa gaji, harus aku pilih kerana itu yang terbaik untuk diri ini,....

Buat semua daku doakan kesihatan dan keceriaan mewarnai hari kalian, jagalah mata kalian kerana dari mata jatuh kehati..dimata segala bermula cerita...

Tuesday, August 28, 2012

Lepas Raya Beg duit hilang

ZR

Salam Lebaran..masih dalam mood raya kita walau dah masuk hari ke 10.Sampai sekarang masih tak teringin makan biskut raya, bukan tak suka tapi sebab rasa jemu pergi mana-mana biskut raya ...tunggulah bila dah hujung-hujung mesti serdak pun sedap.

Raya mana ta seronok memang seronok, malam raya tahun ni relaks tak buat apa-apa sebab family kira buat makan kat surau..masak nasi minyak kat surau seisi keluarga.

Pagi raya dah bangun awal-awal, siap awal-awal bermaafan dan sembahyang kat surau ..memang terasa suasana kampung..

Rasa tak puas pulak beraya kat kampung.

Lepas raya hari tu hari jumaat pagi dah bertolak datang Kl..jalan alhamdullillah tak jem sangat..bolehlah jika dibandingkan dengan masa nak balik kampung 15jam perjalanan wohhh..kalah oversea.

dah sampai Kl alang-alang ada pasar malam kat kawasan rumah maka singgah lah aku, nak membeli makanan maklumlah perut kosong nak masak dah terlalu penat dah..

Dalam leka duk memilih makanan. tanpa sedar bila nak bayar je tiba-tiba ...wa..dompetku hilang..mana letaknya..rasanya memang bawa tadi..aduh kalut kejap..sah aku dipock poket...mengeluh sekejap..
tarik nafas dalam-dalam...cuba tenang nak gabra pun tak guna sebab dah jadi..maka dengan berat hati aku balik dengan rasa cam marah pun ada..walau dah tak ada guna.

Jadi terpaksalah aku selesaikan mana yang penting ke JPN, JPJ.Bank dah nasib nak buat macam mana,..

Thursday, August 16, 2012

Saya Memohon Maaf





Buat para follower di blog yg tak seberapa ini sama ada secara terang-terangan atau sembunyian ( betul ke ayat )

Penuh rasa kerdil penuh rasa rendah diri, saya memohon jutaan ampun dan beribu kemaafan andai ada yang tercoret di rumah ini tersangkut paut, tersinggung perasaan, terguris rasa, sesungguhnya sebarang penulisan saya tidak mempunyai niat terselindung apatah lagi melindungi.

Sempena Aidilfitri yang bakal hadir, walau mungkin kita tidak pernah bersua muka, namun besarlah harapan saya agar tiap yang terkurang dan terlebih kata dimaafi.

Saya jua tidak lari dari tersilap walau saya dikurniakan kebijaksanaan namun terkadang tidak mampu untuk mempertimbangkan dengan akal yang waras bila situasi tegang dan perasaan merundum hadir.

Maka sekali lagi saya memohon ampun, semoga lebaran ini membawa sejuta rahmat dan sejuta pengertian.

Pada rakan-rakan yang akan memulakan perjalanan, berhati-hati selalu jangan memandu laju rumah dan kampung yang ingin kita tuju tak akan lari....

Disamping itu kalau nak shopping last minutes pun jangan lah ikut sangat kata hati tu.( kalau duit berlebih apa salahnya ) beli yang perlu bukan yang dikehendaki..he..he pandai je nasihatkan orang..

Esok saya dah mula bercuti....rasa macam nak lompat sampai awan..he..he tapi tak balik kampung lagi esok malam baru bertolak....banyak benda lagi nak buat last minute lah katakan...

Raya raya juga duit raya tukalau ada lebih sudi-sudilah hulurkan pada yang memerlukan....tak banyak pun tak apa yang penting Ikhlas orang kata seringgit lebih berkat dari sejuta yang riak.

Sekali lagi saya minta maaf buat semua sahabat dialam maya, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Hu..hu selipar raya dan tudung raya masih tak ada ni....


Yang Ikhlas

Rosezanna

Wednesday, August 15, 2012

Kenangan Malam Raya.


Aduh kejap jer dah nak raya..rasa macma semalam baru masuk bulan Ramadhan, pantas je ramadhan ingin meninggalkan kita...rasa sayu pulak.

Tapi bila fikir nak raya ada juga rasa bunga-bunga, cewah walau pun bukan terexcited, tapi riang tu ader.

Ingat kembali bila malam nak menjelang raya meriah sungguh, bayangkan sepupu aje dekat 40 orang, macam-macma ragam.

Bila malam raya biasanya sepupu lelaki dan perempuan berpecah maklum lah dah kena buat kerja masing-masing. yang lelaki pasang pelita cari buluh, kukur kelapa, perah santan, cari kayu api..yang perempuan macam aku ni kena mengemas rumah, tolong nenek buat ketupat dakap..kat kampung saya ketupat ini paling famous.


Apa lagi aku kena layer daun pisang, nanti bila lipa pulut tak patah..bab yang nak ikat=ikat tali tu susah sikit..yalah tangan licin kena minyak kan, nak ikat bangi cantik lagi...

Dah selesai buat ketupat, apalagi mulalah sessi main bunga api sambil bakar lemang..memang meriah..
Bayangkan kalau setakat 100batang lemang tu kejap jer rasanya...

Aku ni memang rapat dengan semua sepupu tak kira lelaki atau perempuan..he..he mesra alam lah katakan...

Masih ingat lagi ada lah beberapa orang sepupu aku yang agak nakal, kat kampung aku ni bila jalan nak ke kedai tak ada lampu, jadi kalau barang macam tak cukup kenalah aku mengallas tugas dengan beberapa orang sepupu yang lain.

Dalam berani takut tu bawa lampu suluh menghala ke kedai, dalam perjalanan kami kena melalui satu jalan yang kiri kanan pokok getah. Dalam tu pulak ada satu pondok buruk yang agak usang. Bila lalu kawasan tu mesti kami senyap jer...

Masa pergi kedai ok bila nak balik kena hadapi lagi...lalu landasan keretapi....lalu jalan pokok getah lagi..tiba-tiba hah....satu lembaga putih muncul kat tepi kitaorang apa lagi lari lah kita orang...boleh dikatakan hilang nafas dibuatnya...

Sekali bila dah sampai kat laman rumah masing-masing gelakkan kita orang..dan mahluk berseludung putih pun ada juga..rupa-rupanya sepupu aku faizal dan udin yang menyakat kitaorang...kurang ajar betullah...memang kalau diikutkan sepupu aku suka menyakat aku entah lah sebab aku ramah kot..sebab tuh lah sampai ada dapat offer lebih dari seornag mak saudara nak jadikan aku menantu siap ada yang datang merisik lagi..oh tidakkkkk....cewah angkat bakul sendiri nampak..he.hhe..itu kisah muda-mudi .

Tapi dulu memang seronok, best sebab sepupu ramai dan semua rpaat-rapat semua sepupu berkumpul rumah nenek meriah sungguh, pagi raya mesti kena beratur tunggu bilik mandi, bagi lelaki tak apa boleh guna perigi ada dua buah perigi bagi yang perempuan cam aku ni kena lah guna bilik air yang satu kat rumah nenek aku.

Rumah nenak memang besar jadi tak lah rasa sesak sangat cuma bising yang amat, maklumlah dah ramai..masing-masing nak menunjuk baju raya, jangan tak tahu insna yang paling banyak dpaat duit raya dari mak-mak saudara adalah aku..cewah...lagi sekali angkat bakul..nak buat cam ner orang bagi baju raya aku pun mesti lebih dari 3 pasang semuapun mak saudara yang bagi....alhamdullillah seronok rasanya....

Bila ingat balik rindunya kat semua sepupu sepupu rasa nak balik kemasa dulu....seronok sangat kalaulah sekarang dapat jumpa semua kembali,...tapi dah mustahil semua sepupu aku masing-masing dah berumah tangga...susah nak kumpul...

Suka masa semua sama -sama jalan pergi beraya penuh jalan dengan kitaorang, sambil menyanyi-nyanyi dan bila bagi salam meriah sungguh...

Tuesday, August 14, 2012

MAAFKAN IBU






Pagi tadi sambil mendengar radio, seronok pula dengar topik hari ini diradio sinar..tentang Ibu..Ramai pendengar yang telefon macam -macam cerita yang diluahkan ada kisah sedih ada kisah lucu tak kurang juga kisah seorang anak yang marahkan ibu..

Ibarat kata tetamu jemputan Doktor Fadhillah Kamsah, Mungkin kadang-kala kita sebagai anak sentap dengan sikap ibu kita yang kadang-kala kita rasa bersikap tidak adil atau zalim pada kita.

Hakikatnya kita sebagai anak, syurga dibawah tapak kaki ibu, jadi sejauh mana pun rasa benci kita pada ibu kita, kita tetap bergantung pada Redha seorang Ibu, akan jatuh derhaka anak itu jika menyebabkan ibunya berasa hati dan kita tak sempat untuk memohon maaf hingga ibu menghembuskan nafas.

Sebagai manusia bohonglah jika saya cakap tak pernah terasa kadang-kala dengan sikap ibu, pernah sentap dan terasa hati, tapi bila fikir balik, tanpa ibu kita tak akan ada, tanpa ibu kita tak mengenal dunia ini, begiu besar jasa ibu dan begitu banyak yang ibu lalui tak akan semata-mata dengan sikap ibu yang terkadang menyentuh hati kita kita sanggup membelangkangkan Ibu.

Ibu mana yang tak sayang anak, ibu mana yang suka membandingkan anak walau ada namun mungkin tak ramai, anggap sahaja tiap perbuatan ibu tanda kasih, jika ada yang menyentuh hati kita usah berfikir negatif, selalu lah positif, selawat dna tenagkan jiwa. Tabahkan hati jangan terlalu menurut kata pilu..InsyAllah mungkin sekarang ibu tak akan nampak kelebihan kita namun tak msutahil dihari muka kita kan menjadi anak yang dibanggakan.

Ingat apa yang kita perbuatkan pada kedua ibu bapa kita tak mustahil akan berbalik pada kita..

Andainya benar ada sikap ibu yang benar-benar melukan maka selalulah berdoa pada Allah agar dibukankan pintu hati ibu untuk menyanyangi kita dan dijauhkan kebencian buat kita.

Biarlah apa sahaja yang diperbuat oleh ibu selagi tidak melanggar hukum agama dan alam, maka layanlah sahaja. Redha lah dengan tenang usah dibalas..biar nampak buruk dan tidak sempurna dimata namun tetaplah menyanyangi Ibu kita..tambahan dibulan ramadhan ini jika ada tersinggung denan ibu..Maafilah sikap mereka...mungkin mereka tidak sengaja atau faktor usia..jangan terlalu makan hati andai benar telah lama memendam rasa luahkan pada ibu dengan cara yang lembut jangan mengasari cukuplah andai dia tahu kita terasa dengan kata dan perbuatannya. Yang selebihnya serahkan pada DIA....

Sempena Syawal yang bakal hadir...Lapangkanlah dada..pulanglah menjenguk ibu...Masa tidak akan berhenti akan pantas berlalu...jangan nanti kita hidup dalam penyesalan.....Sebagai anak tidak salah kita merendah diri memohon maaf walau kesalahan bukan terletak dibahu kita semata...

Friday, August 10, 2012

FIKAH WANITA

As salam...

Bertemu lgi sahabat-sahabat dialam maya, berikut beberapa Persoalan mengenai wanita melalui Buku bertajuk Fikah wanita yang saya baca hasil penulisan Ustazah Zawiyah & Rohani Bakri..semoga dapat kita smaa-sama menjadikan panduan..

1 ) Apakah Hukum wanita memilih Pakar perbidanan Lelaki yg Bukan Islam sedangkan terdapat pakar wanita Islam ?

~ Hukumnya haram sekiranya ada pilihan, Harus jika tiada pilihan, sebaiknya wanita perlu selalu ditemani suami sewaktu membuat rawatan.

2 ) Apakah beza aurau seorang wanita dengan mahram, bukan mahram dan bukan islam?

~ Aurat bersama mahram dan wanita islam : Antara pusat dan lutut

~ Aurat bersama bukan mahram dan bukan islam : Seluruh Anggota kecuali muka dan tapak tangan.


3 ) Lelaki dilarang melihat wanita yg idak menutup aurat, kerana mendatangkan dosa ibarat zina mata, adakah wanita jg perlu menjaga pandangan dari melihat lelaki yg bukan mahramnya.

~ Wanita juga wajib menjaga pandangannya, Berdosa dan haram dia melihat lelaki yang bukan mahramnya walau lelaki tersebut menutup aurat ( pandangan bernafsu ). Ini kerana memandang lelaki bukan mahram boleh mendatangkan syahwat.

Beberapa Fikah yang saya rasa kita terlepas pandang..

Selamat menjalani Ibadah Puasa dan nikmatilah malam kesepuluh ramadhan ini dengan penuh syukur..............

Thursday, August 9, 2012

LAGU RAYA YANG SAYA TAK NAK DENGAR

Boleh ker ayat macam ni, ada ke orang tak suka lagu raya, entah mungkin saya sorang kot. Bukan saya tak suka saya cuma tak mau dengar..Saya suka lagu raya memang menambahkan mood raya..tapi dalam banyak-banyak lagu raya saya allergic sikit kalau terdengar lagu dato Siti Nurhaliza.

Tiba-tiba rasa sedih pulak, bukan apa teringat kat orang yang dah tiada, teringat zaman seronok sambut raya dulu..tapi itu masa tak boleh diundur kalau boleh ramai dah manusia ni asyik undur masa dan tak akan tua-tua..

Lagu raya banyak nostalgia, bila dengar lagu raya mula lah kerja kemana rasa badan je ada depan PC, jasad dah nak terexcited nak raya..

Apa pun bermula malam ini dah mula pencarian kita untuk Malam Laillatul Qadar...InsyAllah mana tahu rezeki kita tahun ni..mudah-mudahan...Malam lailatul Qadar adalah malam ganjil dalam malam yang 10 hari terakhir....Sama-samalah kita mendoakan moga kita bertemu malam tersebut....


LIRIK LAGU AIRMATA SYAWAL
Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

Friday, August 3, 2012

DOA DI HARI JUMAAT

 
 
"Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga."
 
Maka doakanlah segala kebaikan buat saudara mara serta sesiapa sahaja disekeliling kita, Insyaalah hidup kita jua akan beroleh rahmat.....

Monday, July 30, 2012

HARGAI SESIAPA JUGA DISISI KITA

Memang kadang-kala kita selalu bersifat marah dan selalu sahaja ada tak kena bila berbicara bersmaa pasangan atau orang sekeliling kita, bkan tak nampak apa yang baik tapi lebih banyak yang tak kena dari kena, maka mula lah kita pot..pet..pot pet..kadang-kala hingga mengguris perasaan dan kita payah nak minta maaf.

Mengapa kita sukar untuk menghargai atau memberikan layanan yang baik pada pasangan atau orang sekitar, susahkan kerana itu sifat kita sehingga kita lupa, bila-bila masa sahaja orang yang kita cintai akan pergi dari kita.

Kita akan mudah menghargai bila kita ditinggalkan, akan mudah mengerti erti sayang bila telah tiada didepan mata, memang pasangan kita tidak sempurna dengan perangai dan tingkah laku ada yang tidak sedap dimata kita, tapi kita jua tidak sesempurna mana, sepatutnya kita beruntung ditemukan dengan insan yang menerima apa yang terkurang dan terlebih, memang dia bukan yang baik tapi dia memang terbaik untuk kita.

Hargailah setiap pemberian, setiap kata selagi ia boleh berada disisimu, Pertelingkah itu lumrah, tanpa itu tak akan hadir kenikmatan dalam sesebuah perhubungan, tidak akan kasih bertambah erat.

Maka hargailah tidak kira sesiapa jua yang berkait dengan kita, lapangkanlah dada usah terlalu memikirkan apa yang tiada kerana yang ada dalam diri mereka itu harus diingati. Hargailah sebelum terlambat hargailah sebelum penyesalan yang tidak mampu untuk ditanggung, hargailah sebelum kehilangan...


Friday, July 27, 2012

MUSTAJAB DOA


Doa itu adalah ibadah. Ini bererti doa menjadi ibadah apabila kita melakukannya semata-mata kerana memenuhi perintah Allah. Sebaliknya, apabila kita berdoa bukan kerana melaksanakan perintah Allah, doa itu bukanlah ibadah. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad menegaskan, berdoa itu nilainya sama dengan ibadah. Nu’man bin Basyir melaporkan, nabi bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya doa itu adalah ibadah.”(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani)
Doa juga berfungsi sebagai penolak takdir sesuai dengan izin Allah. Melalui doa hamba-Nya, Allah memberi kebahagiaan dan keselamatan hamba-Nya di dunia mahupun di akhirat. Seperti sabda Rasullah yang bermaksud, “Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali dengan doa dan tidak ada orang yang dapat memanjangkan umur kecuali bagi melakukan kebaikan.” (Hadis Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi).

Hadis di atas menerangkan tentang bagaimana Allah boleh merubah ketentuannya melalui doa hamba-Nya. Akan tetapi ketentuan Allah terbahagi kepada dua iaitu, takdir maa fil lauhil mahfuzh yang bererti takdir yang menjadi ketentuan Allah yang tertulis dalam daftar takdir di lohmahfuz dan takdir maa fil ilmillah yang bererti ketentuan yang ada pada ilmu Allah yang qadim. Allah dapat memadamkan ataupun menetapkan sesuatu yang termasuk dalam kategori maa fil ilmillah berada di lohmahfuz. 

Firman Allah dalam surah ar-Ra’d ayat 39 yang bermaksud, “Allah menghapus dan menetapkan apa yang Allah kehendaki. Dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab (Lohmahfuzh).

Thursday, July 26, 2012

Hadis Berkait Adab Berpuasa






Pejam celik dah nak seminggu berpuasa, kejap je masa berlalu, kalau dulu excited tanda kalendar sebeb nak tunggu raya, sekarang pun masih excited cuma tak sampai 100% lah.

Hari ini saya cuma ingin berkongsi sedikit ilmu tentang adab puasa walau saya tahu ramai yang sememangnya tahu, tapi tak salah andai kita saling ingat dan mengingati untuk orang sekeliling apatah lagi untuk diri sendiri..Semoga kita beroleh ilmu untuk segala kebaikan.

Terdapat beberapa adab Berpuasa yang terkandung didalam beberapa Hadis utnuk peringatan dan renungan kita bersama:-

1~ (Diriwayatkan daripada Anas r.a, ia berkata : Rasullah SAW berbuka dengan beberapa Ruthab ( Kurma Basah)  sebelum solat, jika tidak ada dengan kurma kering, kalau tidak ada maka teguk beberapa air. ( riwayat Abu daud dan Al-Hakim)

2~ (Diriwayatkan daripada Al-Miqdam bin Ma'di Yaqrib, daripada Nabi SAW bersabda: Hendaklah kamu semua makan sahur, kerana sahur adalah makanan yang penuh berkah. (riwayat An-Nasa'i)

3~ (Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a : Adalah Rasullah SAW menggallakna qiamullail ( solat malam di bulan ramadhan tanpa memerintahkan. Ahli tafsir memberi erti qiamullail juga solat terawih.

4~ (Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, ia berkata: Rasullallah SAW bersungguh-sungguh solat malam pada 10 hari terakhir (ramadan) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya.( riwayat muslim)

5~ (Diriwayatkan daripada Ibnu Umar .a, ia berkata. Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatulqadar pada malam ke 27, maka Rasullallah SAW bersabda. " Saya pun bermimpi seperti mimpimu (dinampakkan pada 10 malam terakhir, maka carilah ia pada malam-malam ganjil". (riwayat muslim)

Tuesday, July 24, 2012

Air Seperti Chipsmore





Ish susahnya bila air asyik tak ada, tambah pulak bulan puasa, dah planning nak masak itu ini, last-last hampa..


Terbantut segala rancangan, kena ke Plan B pulak..bukan plan be ala-ala Suffian gemersik Kalbu ekk.


Terpaksalah menjenguk ke Baazar Ramadhan, nak tak nak dalam tak ada yang berkenan di hati kena beli juga. Kadang-kala beli kat pasar Ramadhan ni untuk hari pertama ok lagi, bila dah masuk hari kedua dan ketiga...macam susah je maklumlah, pernah kena insident tercirit birit.


Bukan nak menuduh tapi, tahun lepas kena kes macam tu, arini masih ada lagi sakit perut sebab makan gulai beli kat pasar ramadhan semalam..

Penatlah balik kerja tengok kain dah bertimbun, nak basuh air keluar malu-malu segan, hish bila lah nak selesai ini, ingat kat kampung je masalah ni, sekarang kat bandar pun sama gak.

Ingatkan bulan puasa ni boleh ler masak ayam percik ke, ayam kerutuk ke, solok lada ke,,,tapi dah hari ke 4 masih tak mampu nak menyediakan juadah, dari pagi ke tengahari sempat lagi nak basuh baju segala bagai bila dah start kul 3 air mulalah sedang-sedang aje, macam mana nak masak? kang habis guna untuk emergency kes cam ner??

Ala-ala latok..nak minta tolong ngan saper?? entahlah.....Teringat pulak zaman kecik-kecik tinggal dengan nenek kat kampung, tak pernah ada masalah air sebab guna telaga, lagi senang dan air pun bersih..mandi waktu pagi sejuk jer....rasanya baik guna telaga tapi duk bandar ni nak korek perigi kat mana?..


Friday, July 20, 2012

Puasa Belum Baju Raya dah Beli





Tadi waktu lunch lepak-lepak kat mines jap. tengok ramainya orang, maklumlah masing-masing keluar nak menyambut puasa Esok..

Semua cam Excited duk memilih dan membeli baju raya,  aku pun cam tuh, belek punya belek, niat tahun ni nak jahit baju sendiri, almaklumlah mesin jahit dah siap repairkan?.

Sungguh tak sabar semua nak sambut raya, tapi macam tak meriah nak sambut ramadhan..he..he..

Baju raya dah siap 2 tiga bulan lepas, kadang-kala bagus juga planning awal-awal, maklumlah nak beli sekali banyak tu nak pakai duit tu. Tapi saya terfikir begitu sekali persediaan kita untuk hari raya tapi apakah persediaan kita untuk menyambut Ramadhan. Adakah kita telah mempersiapkan untuk menyambut bulan Ramadhan ini, mungkin kita tak termampu untuk berjaga sepanjang malam, tapi mungkin kita mampu untuk menambah sedikit amalan yang penting Ikhlas kan?

Apa pun Selamat menyambut Ramdhan Pada semua Teman, Doa saya semoga amalan kita tahun ini lebih banyak dari tahun lepas. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan sejuta keberkatan yang tak terhingga.

Mohon Maaf andai sebarang penulisan saya ini ada yang tersentuh secara segaja atau tak, kadang-kala saya terlupa maklumlah saya manusia...

Buat Kalian Selamat berpuasa dan jangan lupa sahur ya....


Thursday, July 19, 2012

AKHIRNYA OPERATION LEPAS RAYA






Semalam sessi berjumpa doktor pakar di hospital, bawa report dari doktor pakar KL.

Sebelum jumpa doktor ujian cam biasa lah test power mata, aku biaslah bial di suruh baca, yang huruf besar tu nampak ah, tang huruf kecil tak langsung...

Siap jururawat lelaki tu cakap, awak ni suka senyum eh..senyum dan gelak memanjang jer..happynya dia..Aku bukan apa nak tutup debar didada maka senyum jelah.

Selesai aku pun tunggu nak mengadap doktor.

Bila doktor baca semalam terus soalan dia? so bila nak operation..paling cepat lima hari sebelum raya..OK tak ?  sambil dia tengok buku booking operation room.

Aku Berdebar-debar, doktor senyum-senyum pandand, jgn nangis, usik doktor, nasib baik doktor hendsome. Baik pulak tu. Doktor ni lah baka operation mata ku ini.

" Saya bagi awak 5minit, telefonlah sesiapa sajer ya." Manis je dia senyum. Hish debar pun hilang dapat doktor cam nih...

Aku keluar fikir pandang kiri kanan..5hari sebelum raya...aduss nanti beraya mata merah da tak vogue..he.he..he..fikir punya fikir...aku masuk bilik doktor balik.

"Macam mana zana" senyum lagi.

"Saya nak lepas raya lah, bukan apa 5hari sebelum raya cam tak selamat je..yalah dibuatnya mak suh balik awal nak raya." Aku menerangkan.

"Tapi nak tanya bila operation bius semua ke? Aku takut weh. Seumur hidup tak pernah masuk labour room dengar pun cerita dari kawan-kawan yang operation masa bersalin.

"Ya zana, bius semua, awak tak sedar nanti." Jagn takut tak ada apalah." Doktor pandnag aku.. Aduhhhh

"Kalau bius mata je saya tak nak." reaksi aku.

"Tak lah, tak payah takut tau." Doktor mula mencatat nama dalam buku...sambil menerangkan pada saya masa dan tarikh masuk wad...jeng-jeng sambil dengar berdebar-debar.

Dalam tempoh sejam, macam -macam kau tanya yelah, memang takut wooo...siap doktor cakap awak ni muda lagi tapi dah takut..doktor boleh ler cakap cam tu sebab bukan dia yang kena, aku yang kena...

Dah siap segala penerangan doktor bagi kad dan surat, keluarlah aku dari  bilik diiringi senyuman dari doktor.

Kat kaunter tunggu Nurse masuk record terserempak seorang kakak.

"Adik nak kena operation ker" Soal dia yang berkaca mata hitam.

"Ya..kak. Aku balas sambil senyum..

"Tak yah takut dik , tak sakit..InsyAllah." Akak tu tetiba usup belakang aku.

Aik akak ni macam tau-tau jer aku yang dlaam debar ni.

"Oh ye kek kak..." Aku melemparkan senyum.

"Ya..tak ada apa." Dia senyum kar aku..baiknya dia..

Dah berbual seketika, aku memohon diri...Alhamdullilah semalam semua aku dappat jumpa insan-insan yang baik hati dan murah senyum semua...dalam duk takut-takut terus hati jadi bunga-bunga...


Monday, July 16, 2012

MATA NAK KENA OPERATION






Seram sejuk pula bila memikirkan mata ni nak kena operation, tak perlu tua atau berusia kalau dah mata tuh tak sihat. Sekarang ni bila mengadapa PC jer mata dah pedih. Apatah lagi nak mengadap lama-lama terpaksalah tangguhkan dulu perjuangan ku yang belum selesai.

Sapa tak takut mata nak kena operate, tak tahu situasi macam mana, jarum nak bius cam ner.. oh takut..memang le mulut kata berani tapi kat hati kecut gak.

Doktor siap cakap buat masa sekarang kena kurangkan mengadap PC? habis cam ner aku ni kerja pejabat 8jam sehari duk mengadap PC. Tak bekerja dengan PC bukan dalam pejabat namanya.

Aku selalu pening tak mampu nak mengadap PC lama-lama, saraf kat muka rasa tegang jer, doktor cakap tekanan pada mata tinggi. Entahlah yang aku tahu nak hilangkan rasa tidak selesa, rasa perit dan urat saraf tegang kat muka ni.

Ikut hati sebelum raya ni nak operation, tapi doktor cakap kena lepas raya nanti mata merah, 2-3 minggu baru hilang tak kan nak raya pakai kaca mata hitam.? bergaya apa..

Aku tanya doktor tak operation boleh tak? doktor cakap tak boleh...dia siap cakap lepas operation nak check balik sebab katany mata aku dah macam HP tak ada fungsi SMS, apa maksud dia aku pun tak faham.. yang apalin aku faham you kena cuti dari kerja, you tak boleh mengadap PC lagi>...suka...suka jadi bagilah MC lebih sikit...wah...wahhh...hish bukan sengaja dah memang kenyataan..atau doktor cakap nak better kena berjhenti kerja terus, sebab mata dah tak boleh hadapai tekanan..yalah dah 12 tahun aku kerja duk mengadap PC..maunya mata pun penat yer tak?

Hari Rabu ni ada appoitment dengan doktor pakar nak set date untuk operation dan get report dari doktor specilist, hari tuh dah jumpa kat KL, so kalaulah doktor bagi MC start rabu ni bestnya..bestnya..rassa nak lompat sampai awan.....tapi kerja?

duduk rumah pun boring gak nanti stress pulak, duk mengadap dinding.....hu..hu...hari ni pun mata duk perit=perit rasa cam kebas jer dari mata sampai gigi...tegang jer rasa muka ni..

Ada saper-saper pernah kena operation mata tak? cam ner sakit tak..banyak orang-orang yang aku jumpa semua cakap tak sakit, biasanya je jawab mereka cam kena gigit semut katanya..aduh boleh caye ker?
al maklum lah tak pernah kena operation...tapi soalan aku kat doktor bola tukar colour mata warna biru ker? dia senyum jer ..nasib baik dapat doktor baik suka buat lawak..

Friday, July 13, 2012

Jangan suka menunjuk-nunjuk




Realiti memang sikap kita yang suka menunjuk-nunjuk, pantang ada yang lebih mesti suka show off walau originalnya tak siapa tahu.

Apa sikap kita bila suka menunjuk-nunjuk bukan ker dah jadi riak? orang kata begitu juga dalam membuat ibadah tak perlu nak canang satu dunia aku sembahyang lima waktu belum masuk sunat puasa segala bagai lagi.

Ikhlaskah kita bila bersifat begitu? bukankah telah mendatangkan takbur dalam diri, bila dah takbur takut kita lupa diri dan mengganggap kita lebih dari segi segalanya.

Bukan mempertikaikan soal ibadat seseorang tapi mempertikaikan cara, tak salah kita membuat sebarang kebaikan tapi alangkah cantik jika kita berdiam diri, pahalaya berganda, tak perlu kita menjadi sindiran dan umpatan orang atas sikap bermegah kita.

Begitu juga tentang barangan, memang sifat manusia, bila melebihi orang lain akan mula menunjuk-nunjuk, memang tak slaah kita berbuat begitu, kita harus megah dengan hasil dalam kesusahan yang diperolehi. Orang cakap penat-penat kerja nak juga nampak hasil.

Tapi tunjuk tu biarlah yang logik tak perlu nak terlalu megah, dengan sifat ini kadang-kala merendahkan perasaan atau membuatkan seseorang terasa, kita mungkin tak sedar, atau mungkin kita tak berniat begitu.

Mulalah kita punya ayat dia jelous tu sebab tu dia cakap begitu, macam mana dia tak jelous sebab kita riak menunjuk-nunjuk.

Jadi nak tunjuk boleh jangan suka menunjuk-nunjuk sudah, alih-alih nak harap orang puji lain pula kita dapat.

Wednesday, July 11, 2012

Bisnes Bulan Ramadhan

\
Wah tinggal beberapa hari lagi  nak masuk bulan Ramadhan, dah sibuk orang bercakap sana-sini semua nak berniaga..sebab orang cakap niaga sebulan pasar ramadhan untung setahun.

Sampai ada sanggup ambil cuti sebulan..hebat..hebat mana taknya selama ini kerja dengan orang gaji 3-5K sebulan nak facing karenah lagi, stress lagi. berniaga ni paling sikit pun rm5k sebulan, kalau bulan puasa tak mustahil rm10k sebulan...

Bestnya rasa nak juga berniaga tapi..mana lah boss nak bagi cuti..cuti sehari pun dah bising..

Bulan Ramadhan bulan menjamu mata dan perut mesti banyak masakan best-best jumpa nanti..tapi tulah dah makan banyak nak solat terawih dah tersengok-sengok.

Memang bulan ramadhan bulan rezeki..orang cakap orang berniaga ni lebih kaya dari orang yang makan gaji memnag betul pun..kawan saya jual nasi lemak pakai alphard tu.....ish..ishh..memang berduitkan..tapi duit bukan segalanya..tapi kalau tak ada duit nak hidup cam na??



Thursday, July 5, 2012

Semalam Nifsu Syaaban





Semalam telah berlalu malam Nifsu Syaaban, malam yang menjanjikan seribu keberkatan dan pahala.

Imam Syafi‘e berkata:
Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Bagi kamu empat malam yang istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmataNya sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha.

 Rasulullah saw telah bersabda:
Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.

Sabda Rasulullah saw,
Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban maka diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb.(Riwayat daripada Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah

Maka dimalam Nifsu Syaaban telah dibuka pintu-pintu langit, digallakan memperbanyakkan amal dan berdoa.

Di malam Nifsu Syaaban juga dikaiffiatkan membaca surah yassin 3 kali  berserta doa dengan meminta dipanjangkan Umur,  bacaan kedua menolak bala dan yang ketiga untuk dimurahkan rezeki.

Alangkah ruginya andai kita terlupa dan ketinggalan pada malam tadi...

Friday, June 29, 2012

Sepi itu Indah




Kadang kala baik kita membisukan diri seketika dari terus dilihat, memang pada kita kita tidak akan dipedulikan tapi akan ada teman-teman yang rindu.

Sepi itu sebuah pembelajaran untuk mencari ruang dan mencari apa yang kurang pada diri.

Sepi itu mendamaikan, tidak perlu mendengar sebarang ucapan cukup sekadar kita menjadi pendengar.

Hargai waktu sepi yang kita ada, kerana dalam sepi ada sejuta rahsia untuk kita ketahuai, ada pelbagai jalan untuk kita temui, bezanya kita ingin melaluinya atau tidak.

Sepi itu indah, walau mungkin menakutkan tapi sepi itu perlu.

Kadang-kala kita perlu mencari sepi untuk mendamaikan hati. Sepi itu penuh cerita penuh erti agar kita belajar, agar kita kenal diri sendiri. Agar kita kenal cinta.

Kerana itu aku mencari sepi, bagiku sepi itu indah.



Tuesday, June 26, 2012

Surat Cinta Pertama




Pernah tak kawan-kawan mendapat surat cinta pertama? tak kisah laha cinta monyet ke cinta sekolah ke mesti pernah dapatkan? apa perasaan waktu tu? mesti berbunga-bunga dan senyum tak ingat duniakan?

Semalam saya mengemas dokument-dokument dan terjumpa kembali surat cinta pertama. Sambil baca senyum sorang-sorang macam lawak pun ada. Teringat kembali zaman main surat-surat dulu.

Sekarang mungkin tak ramai yang menerima surat, maklum lah zaman It orang pakai SMS, E-mail je. Senang je taip dan tekan kan. Nak tulis surat leceh.

Tapi bagi saya surat itu tinggi nilai sesuatu yang boleh dijadikan kenangan dan memori, walau mungkin cinta pertama tak kesampaian tapi tak salah kita sekadar mengingati dan bukan mengangungkan.

Surat cinta pertama saya dapat dari seseorang yang agak berjiwa romantik. Bila baca bait ayatnya aduh romantis habis segala gunung ganang, tercatit, begitu indah bahasa yang digunakan. Kalau tak 5,6 helai tak sah dan semestinya diakhir surat akan diselitkan kata kunci lagu yang ditujukan pada saya, maniskan.

Surat cinta pertama saya simpan sampai sekarang, bukan sebab saya gatal sebab saya suka penggunaan ayat jiwang karat, yang kadang-kala tak terfikir dek akal saya, begitu dalam dan puitis, tentu kamu semua pun ada pengalaman begitu kan, sebenarnya dalam bercinta ni otak menjadi cergas kerana hati senang tiada bebanan, maka otak menjadi kreatif dengan menzahirkan ayat-ayat yang cukup dalam dan puitis.

Sekarang pun tak salah kalau kita terus menulis surat cinta tak kira lah pada emak ke ayah ke suami ke isteri ke..luahkan apa saja sebab kadang-kala bibir kita tak mampu nak ucapkan tapi bila menulis kita akan terluah segalanya.


* Ku akhiri dengan doa, moga mimpimu seindah bintang dilangit yang terus setia menemani bulan, yang akan terus sudi bersama, walau sekelam dan sepekat mana malam.*

Friday, June 22, 2012

Doaku Untuk Semua





Di hari jumaat ini, penghulu segala hari, hari yang dimuliakan..seperti hadis dibawah:-


Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “


(al-Bukhari).
Sempena keberkatan dan kelebihan yang ada ku doakan segala yang terbaik buat semua teman-teman yang dikenali mahupun yang hanya bertentang tulisan di alam cyber ini, follower dalam nyata dan senyap dan buat semua.
Ku doakan segala kebaikan akan menjadi milik kita semua, walau ada luka moga luka itu akan sembuh dan jika ada musibah, moga kita akan menempuhi dengan berani dan yakinlah yang kita tidak bersendiri.
Buat rakan sekalian, moga hari ini akan menerbitkan senyuman buat kalian dari fajar subuh hingga dikau lena diulit mimpi nanti...moga tiap kedukaan kita akan diganti dengan sinar yang indah.
Ku tebarkan segala doa yang penuh kebaikan buat kita, walau mungkin tidak mengenali diri ini namun itu bukan pendinding untuk daku tidak mendoakan kalian. Kerana siraturahim itu amat magis dan amat dalam ertinya.
Semoga doaku ini akan mengiringi perjalanan kalian, tidak perlu daku laungkan yang daku ikhlas untuk mendoakan kerana Allah lebih tahu. Walau ada yang terkurang dalam doaku Allah lebih mengerti, dan moga kalian beroleh keberkatan.
Moga kita mampu untuk menjadi anak yg menyenangkan buat kedua ibu-bapa kita, menjadi ibu yang adil buat anak-anak kita, menjadi isteri yang cantik dimata suami, menjadi suami yang bertiangkan agama, menjadi ayah yang dipuji, rakan yang mendamaikan, menjadi saudara yang dihormati dan menjadi hamba yang taat...
Aminnnnn.....
Senyumlah kerana walau tanpa melihat daku tetap nampak akan kemanisannya.